Dalam aspek berkaitan etika pemakanan sihat, diet Rasulullah SAW
boleh dijadikan panduan dan ikutan kerana baginda adalah contoh teladan
yang terbaik buat semua umat manusia. Rasulullah SAW merupakan seorang
yang mementingkan khasiat dan mutu makanan yang diambil agar dapat
sepenuh keberkatan dan manfaat daripadanya.
Rasulullah SAW mengelakkan minuman susu bersama makanan berprotin dan
melarang memakan campuran pelbagai jenis daging. Baginda SAW lebih
banyak mengambil bijirin, sayuran dan buah-buahan kerana corak pemakanan
sebegini adalah sihat dan berkhasiat seperti juga yang disarankan oleh
pakar nutrisi pada hari ini.
Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai kadar lemak yang
rendah. Justeru, pengambilannya mengurangkan lemak di dalam badan dan
amat bermanfaat bagi mereka yang ingin mengawal kegemukan. Di samping
itu, ia juga mengandungi zat dan vitamin lain yang seimbang untuk
kesihatan badan di samping memantapkan lagi sistem pertahanan badan
seseorang.
Rasullulah SAW tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana
pandai jaga pemakanannya sehari2. Kita cubalah ikut cara diet Rasulullah
SAW agar sentiasa sihat dan tidak mengalami sakit perut ataupun
keracunan makanan.